Asrama HALUAN Penyayang (AHP) mengalu-alukan pandangan, cadangan, nasihat, pertanyaan dan juga sumbangan.
Waktu Operasi : Isnin-Jumaat, 8am-10pm
Copyright © 2025 HALUAN - Non Profit Organization, All rights reserved.
Asrama HALUAN Penyayang (AHP) mengalu-alukan pandangan, cadangan, nasihat, pertanyaan dan juga sumbangan.
Pandangan dan nasihat anda amat kami hargai.
Waktu Operasi : Isnin-Jumaat, 8am-10pm
Copyright © 2025. All Rights Reserved.
Misi kami

Membentuk Generasi Berakhlak & Berbakti

Menerapkan nilai murni, bimbingan Al-Quran, serta program mentorship bersama tokoh masyarakat.

Membangunkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, serta pengalaman khidmat masyarakat.

Menyediakan kelas tambahan, program keusahawanan, dan peluang pendidikan lanjutan.

Melatih mereka menjadi tenaga pengajar, sukarelawan, dan pemimpin yang berkhidmat untuk masyarakat.

Pendidikan Akhlak & Nilai Murni

Pendidikan Islam & Moral – Program khas untuk memperkukuh nilai akhlak seperti kejujuran, amanah, disiplin, dan kasih sayang.

  • Pendidikan Islam & Moral - Program khas untuk memperkukuh nilai akhlak seperti kejujuran, amanah, disiplin, dan kasih sayang.
  • Bimbingan Al-Quran & Hadis – Mengadakan halaqah, kelas tahfiz, dan tazkirah untuk membina kefahaman agama yang kukuh.
  • Mentorship & Role Model – Menghubungkan mereka dengan mentor berakhlak tinggi seperti pendidik, usahawan Muslim, dan tokoh masyarakat.
Latihan Kepimpinan & Tanggungjawab

Membangunkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, serta pengalaman khidmat masyarakat.

  • Kelab & Organisasi Dalaman – Galakkan mereka memimpin aktiviti asrama seperti jawatankuasa kebajikan, kebersihan, dan program dakwah kecil.
  • Latihan Public Speaking & Komunikasi – Ajar mereka cara berkomunikasi dengan berhemah supaya mereka boleh mendidik dan membimbing orang lain.
  • Program Khidmat Masyarakat – Bawa mereka menyertai aktiviti sukarelawan seperti membantu golongan miskin, mengajar anak-anak kecil, atau gotong-royong.
Pembangunan Akademik & Kemahiran

Menyediakan kelas tambahan, program keusahawanan, dan peluang pendidikan lanjutan.

  • rogram ‘Tutor Sebaya’ – Latih mereka membantu rakan yang lemah dalam pelajaran, membina budaya memberi dan berkongsi ilmu.
  • Kemahiran Keusahawanan & Kreatif – Bengkel kemahiran seperti menulis, seni reka, digital marketing, dan inovasi sosial untuk menjana pendapatan sendiri dan membantu orang lain.
  • Biasiswa & Peluang Pendidikan Lanjutan – Bantu mereka melanjutkan pelajaran atau menyertai kursus kemahiran profesional.
Program ‘Biar boleh tumpang' kepada Masyarakat

Melatih mereka menjadi tenaga pengajar, sukarelawan, dan pemimpin yang berkhidmat untuk masyarakat.

  • Program 'Train the Trainer' – Latih mereka menjadi tenaga pengajar kecil yang boleh mengajar kemahiran asas kepada kanak-kanak lain.
  • Pembangunan Komuniti – Libatkan mereka dalam aktiviti membaiki rumah orang susah, mengajar warga emas, atau berkebun untuk keperluan asrama dan masyarakat sekitar.
  • 100GB cloud storage
  • Kempen Kesedaran Sosial – Ajar mereka menggunakan media sosial atau platform lain untuk menyebarkan mesej positif dan mendidik masyarakat.
info

Soalan Lazim

Bagaimana saya boleh menjadi sukarelawan di Asrama HALUAN Penyayang?
Anda boleh menyertai program sukarelawan kami dengan mendaftar melalui laman web atau menghubungi pihak pengurusan. Kami sentiasa mengalu-alukan mereka yang ingin berkongsi ilmu, masa, dan kasih sayang untuk anak-anak yatim.
Bagaimana sumbangan saya akan digunakan?
Setiap sumbangan disalurkan untuk keperluan pendidikan, makanan, pakaian, tempat tinggal, serta program pembangunan diri dan kepimpinan anak-anak di AHP. Kami memastikan setiap dana dimanfaatkan dengan penuh amanah.
Adakah saya boleh menyumbang dalam bentuk selain wang?
Ya, selain sumbangan wang, anda juga boleh menyumbang dalam bentuk makanan, pakaian, peralatan pembelajaran, atau tenaga dalam bentuk sukarelawan. Setiap sumbangan amat bermakna bagi mereka.
Bagaimana program pembangunan di AHP membantu anak-anak yatim?
Kami menyediakan pendidikan akademik, latihan kemahiran, bimbingan akhlak, serta program kepimpinan bagi membantu mereka berdikari dan menjadi individu yang berbakti kepada masyarakat.
Adakah saya boleh menaja seorang anak yatim secara khusus?
Ya, anda boleh menjadi penaja kepada seorang anak yatim melalui program tajaan kami. Dengan tajaan ini, anda membantu membiayai keperluan asas dan pendidikan mereka secara berterusan
image